Suara Emas Nur Asiah Djamil, Umm Kaltsum-nya Indonesia dari Medan
ilustrasi |
Walaupun era kegemilangan Nur Asiah mulai tenggelam dengan kemunculan genre nasyid kontemporari yang mula melanda negara ketika zaman kumpulan Raihan awal 1990-an, lagu-lagu penyanyi bersuara emas itu tetap tidak luput ditelan usia. Beliau pernah mewakili Indonesia sebagai qariah pada majlis ujian tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur dan Saudi Arabia tahun 1970, dan menjadi pendakwah ikon di republik Indonesia.
Nur Asiah sudah pun meninggal dunia di rumahnya di Medan pada 13 Disember 2014. dalam usia 70 tahun akibat sakit perut yang dialaminya beberapa hari sebelum itu. Allahyarhamha meninggalkan empat orang anak - seorang perempuan dan tiga lelaki serta 10 orang cucu.
Tidak ada komentar: